Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Pengenalan Kepada Pad Kain

Apakah Pad Kain? Pad kain(biasanya dipanggil 'Cloth Pad') adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang. Apakah Pantyliner Kain? Pantyliner digunakan secara meluas sebagai lapisan di atas seluar dalam untuk menampung keputihan dan kencing yang tak disengajakan. Ia direka untuk kegunaan harian sesuai untuk keputihan yang ringan ke berat, aliran haid yang ringan, dan kencing yang tak disengajakan bagi golongan yang bermasalah. Kenapa katakan tidak kepada pad pakai buang? Pad pakai buang diperbuat daripada pulpa kayu ataupun seringkali kertas...

Pad Kain Snowdrop Ciptaan Genius

Imej
' Ciptaan Genius ! ' Kata saya selepas pertama kali memakai pad kain Snowdrop. Pad kain dan pantyliner Snowdrop diperbuat daripada kain dengan ciri-ciri perlindungan khas. 1. Nipis Pad kain Snowdrop adalah lebih nipis daripada pad kapas. 2. Tidak bocor   Kebetulan hari itu adalah hari bekerja, sewaktu nak pakai rasa was-was juga jika berlaku kebocoran nanti. Ternyata memang tidak, saya selamat hingga ke petang, saya dapat perlindungan sepenuhnya dengan pad ini walaupun ia tidak setebal pad kapas. Dengan aliran hari pertama, ini sangat ajaib bagi saya. 3. Kain khas yang diimport Material yang digunakan untuk membuat pad kain dan pantyliner Snowdrop diperbuat daripada kain yang khas yang diimport. Saya kagum, sudah la lembut, nipis lagi. 4. Mudah dicuci Pad kain Snowdrop sangat mudah dibersihkan semula. Hanya rendam dan cuci dengan curahan air, kesan kotoran segera hilang. Boleh juga menggunakan sabun detergent yang biasa digunaka...

Pad Kain Menjimatkan Wang!

Imej
Pertama kali saya tertarik untuk membeli pad kain Snowdrop ini ialah jaminan tahan lama yang dijanjikan. Pada saya, ini sudah menjimatkan belanja bulanan. Dengan harga minyak dan barang-barang yang semakin meningkat, syukur saya masih boleh berjimat. Anda boleh mengira sendiri perbelanjaan pad kapas dan pantyliner anda untuk sebulan dan setahun. Jika pad kapas sebungkus berharga RM10, kali dengan 12 bulan. Anda akan mendapat total belanja sebanyak RM120 untuk setahun. Sedangkan starter kit pad kain Snowdrop yang mengandungi 4 pad kain dan 2 pantyliner hanya berharga RM116. Jika anda meneruskan penggunaan pad kain ini selama 5 tahun. Anda telah menjimatkan duit sebanyak RM484! RM120 X 5 tahun = RM600 - RM116 = RM484 Pengiraan ini belum lagi termasuk bekalan pantyliner yang anda pakai hari-hari.   Katakan harga sebungkus pantyliner yang berisi 40 helai berharga RM8, dan dibelanjakan setiap bulan. Untuk setahun ia menjadi RM96. Penggunaan sel...

Bertukar Kepada Pad Kain

Imej
Assalamualaikum. Selamat sejahtera untuk anda semua. Blog ini dibuat adalah untuk berkongsi maklumat mengenai Tuala wanita yang diperbuat daripada kain. Produk ini sangat bagus kerana menjimatkan dan selamat. Saya telah mula bertukar kepada produk ini demi kehidupan yang lebih berjimat dan menyayangi alam semulajadi. ❤ Nooren Aman Pecinta Alam Semesta