Testimoni Senggugut Hilang Dengan Pad Kain Snowdrop

Sakit wanita, senggugut, keputihan dan kegatalan hilang dengan memakai pada kain Snowdrop


Senggugut adalah kesakitan yang bagaikan azab bagi wanita. Seringkali puncanya tidak diketahui. Tapi sebenarnya seiring berjalannya masa seorang wanita akan belajar sendiri apakah penyebab bagi senggugut yang mereka alami. 

Setelah bertukar kepada pad kain beberapa tahun, saya yang juga seorang pengguna pad kain Snowdrop hampir lupa kepada kesakitan senggugut. 

Senggugut atau menstrual pain telah saya hidapi sejak pertama kali datang haid lagi. Walaubagaimanapun setelah tidak mengalaminya beberapa tahun kerana bertukar kepada pad kain, saya hampir lupa kepada senggugut. 

Pada suatu hari, sewaktu di pejabat, haid telah datang lebih awal daripada jadual dan saya tidak bersedia. Saya membeli pad pakai buang yang ada di farmasi sebagai langkah  kecemasan.

Pad pakai buang yang saya pilih ialah pad yang mengandungi campuran 'ubat' yang katanya membantu kelancaran aliran haid. Walaubagaimanapun, pad yang mengandungi ubat itu tidak memberikan perasaan selesa kepada saya kerana terasa sejuk. 

Apa yang saya pelajari, benda sejuk tidak elok untuk rahim wanita. Seperti air sejuk yang boleh membuat darah haid membeku. Kemudian, darah haid yang beku lah yang membuatkan senggugut hadir. 

Di dalam pad pakai buang terdapat bahan kimia yang membuat otot rahim mengecut. Apabila ia mengecut, aliran darah haid menjadi tersekat-sekat. Saluran yang sempit tidak dapat mengalirkan darah! dan ini lah yang namanya senggugut! Kesakitan yang tidak dapat dijelaskan. Setelah mendalami apakah senggugut baru lah saya faham proses terjadinya senggugut ini. 

Saluran rahim yang mengecut ditambah lagi dengan darah yang membeku seperti hati ayam, sudah tentulah aliran haid tidak lancar sehingga menyebabkan kesakitan. Apa yang perlu dikeluarkan dari badan tapi tidak boleh dikeluarkan menyebabkan badan mengalami rasa tidak enak. 

Biasanya wanita-wanita yang mengalaminya akan memakan pil panadol untuk menahan sakit sehingga saluran yang mengecut itu dapat mengeluarkan ketulan darah-darah beku. Ada juga yang minum air panas dan menggiling botol yang diisi air panas di atas perut. Semua ini untuk melegakan saluran rahim yang mengecut dan memudahkan darah yang telah beku untuk keluar. 

Berbalik kepada cerita pad pakai buang yang saya beli. Tidak sedar yang hari pertama adalah hari aliran deras bagi saya, sedikit kesakitan tidak mengapa tetapi hari tu, sakitnya melebihi biasa. Baru lah saya teringat, ini lah senggugut! yang sudah lama saya tidak merasainya. 

Walaupun dalam kesakitan, saya bersyukur kerana sudah lama tidak merasai kesakitan senggugut. Ini bermaksud amalan memakai pad kain sangat berkesan bagi saya. Dengan penggunaan jangka panjang, senggugut telah sembuh. 

Apabila saya menggunakan pad pakai buang kembali, badan saya menjadi sensitif terhadap bendasing yang terdapat pada pad tersebut. 

Dioksin, Sakit wanita, senggugut, keputihan dan kegatalan hilang dengan memakai pada kain Snowdrop


Jika anda merasa tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dengan pad pakai buang, mungkin tubuh anda telah mengadaptasi dengan interaksi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam pad tersebut. 

Saya mohon, jangan lah menunggu terlalu lama untuk bertukar kepada pad kain, jangan tunggu sehingga terjadinya sesuatu kepada anda, kita tidak tahu apa yang terjadi pada organ pembiakan kita di dalam akibat memakai pad yang mengandungi bahan kimia. Apalagi yang bersifat karsinogen dan boleh menyebab kanser seperti yang terdapat dalam pad pakai buang. 

Bertukar lah sekarang! ❤️

Untuk pesanan dan maklumat lanjut mengenai pad kain Snowdrop ikuti akaun kami di;

Facebook: Pad Kain Snowdrop
Instagram: @heartsnowdrop
WhatsApp: 0168037709 

Ulasan

Popular Posts

Tuala Wanita Yang Sesuai Bagi Pelajar Sekolah

Cara Mencuci Pad Kain Snowdrop

Pad Kain Snowdrop Ciptaan Genius