Tuala Wanita Yang Sesuai Bagi Pelajar Sekolah
Tuala wanita yang amat sesuai bagi pelajar sekolah berasrama ialah tuala wanita yang diperbuat dari kain atau pad kain. Apalagi bagi yang baru datang haid, amat sesuai dimulakan dengan memakai pad kain.
Pengalaman Pertama
Pad Kain sesuai kerana pelajar yang belum banyak pengalaman umumnya kurang tahu bagaimana untuk membersihkan dan membuang pad yang sudah digunakan dengan betul. Bila menggunakan pad kain, pelajar wanita tidak akan membuang pad yang telah digunakan kerana ia perlu digunakan semula.
Elak Tandas Tersumbat
Isu tandas tersumbat yang timbul akibat daripada pad yang di buang di lubang tandas banyak terjadi di asrama dan tandas sekolah di Malaysia. Walaupun sesetengahnya ada disediakan tong sampai khas untuk membuang tuala wanita, kebersihan tandas masih juga tidak terjamin.
Hargai Alam Sekitar
Pelajar boleh belajar untuk lebih menghargai alam sekitar daripada tindakan mereka sendiri yang memilih untuk menggunakan pad Kain dan mengurangkan pembuangan sampah.
Tidak Perlu Belanja Lebih
Pad kain juga adalah yang paling praktikal kerana pelajar tidak perlu berbelanja lebih untuk membeli pad setiap bulan. Belanja mereka boleh dijimatkan. Hanya guna pad kain yang boleh dicuci untuk diguna semula.
Tiada Bahan Kimia dan Ubat dalam Pad Kain Snowdrop
Pad kain juga selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia dioxin yang digunakan sebagai peluntur kapas. Serta tidak mengandungi ubat atau bahan yang boleh mempengaruhi peredaran haid seorang wanita seperti yang banyak dijual di pasaran. Pad kain membolehkan darah haid keluar secara semulajadi, jatuh mengikut graviti. Rahim wanita tidak dipaksa dengan ubat-ubatan atau bahan yang boleh menyejukkan dan membuat stress pada saluran rahim.
Madrasah Tahfiz
Penulis juga sudah pernah menerima pelanggan yang membelikan anak remaja mereka pad kain sebagai kegunaan bagi haid pertama mereka dan seterusnya. Termasuk yang bersekolah di madrasah tahfiz.
Pendedahan Awal Mengenai Kesihatan Rahim
Selain itu, terdapat juga wanita-wanita muda yang memilih untuk memakai pad kain lebih awal setelah mendapat pendedahan mengenai risiko-risiko sakit yang melibatkan rahim.
Syukur kerana kesedaran demi kesihatan dan kebersihan semakin meningkat dikalangan wanita masa kini. Pad kain Snowdrop adalah salah satu pengeluar yang menyokong kesedaran ini dengan menawarkan pad kain yang selesa dan selamat.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan pakej terkini, ikuti kami di;
Instagram: @heartsnowdrop
Facebook page: Pad Kain Snowdrop
atau whatsapp terus ke 0168037709.
Ulasan
Catat Ulasan